Friday, November 5, 2010
Pesta Kemerdekaan 2010
Pada 23 September, ahli-ahli Silat Gayong Warisan SMK Dato' Ahmad Maher telah membuat persembahan pada Pesta Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2010. Mereka terdiri daripada ahli-ahli tingkatan 1 hingga tingkatan 4. Mereka telah diberikan tanggungjawab untuk menyanyikan lagu Negaraku, Selamat Sultan, dan Malaysia Oh Tanah Airku. Mereka menyanyi sambil memegang bendera Jalur Gemilang di atas pentas. Selain itu, mereka juga diberikan tanggungjawab untuk mengiringi Tuan Pengetua masuk ke dewan. Pada akhir Pesta Kemerdekaan ini, ahli-ahli silat diberikan peluang untuk membuat persembahan dalam Seni Tari Solo Puteri dan Jurus Silat Puteri. Hal ini sebagai penghargaan kepada mereka kerana telah mendapat kedudukan yang terbaik dalm Kejohanan Silat Sekolah-sekolah Kelantan 2010. Pesta Kemerdekaan 2010 ini dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang SMK Dato' Ahmad Maher, Tn. Hj. Wan Mansor B. Wan Mohmood. Pesta ini berakhir pada pukul 2.00 petang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment