Ahli-ahli Silat Gayong Warisan Maher 2010

Ahli-ahli Silat Gayong Warisan Maher 2010

Friday, November 5, 2010

Lagu Rasmi PSSGM

Ingin Menjadi Ahli Silat?

Dapatkan borang keahlian silat gayong dengan Cikgu Zaidi.
Terbuka kepada semua pelajar SMK Dato' Ahmad Maher.
Latihan mingguan diadakan pada setiap hari Rabu.
Diwajibkan berpakaian seragam silat serba hitam dan berbengkung bagi ahli yang sudah mempunyai baju seragam silat.
Bagi ahli baru yang belum mempunyai baju silat, boleh dapatkannya dengan Cikgu Zaidi dengan harga RM 65.

Amanat Mahaguru Gayong Dato' Meor Abdul Rahman

" Jangan ditepuk susu di dulang,
Anak harimau tak dapat menyusu,
Jangan pecah rahsia hulubalang,
Nanti harimau hilang kuku."
" Jangan ditepuk darah di dulang,
Anak harimau mencari ibu,
Jangan pecah mentera hulubalng,
Nanti harimau hilang asu."
" Jikalau ada dulang di tangan,
Jangan biar jatuh terhempas,
Jikalau ada senjata di tangan,
Jangan biar orang rampas."
" Pecah Gayong di dalam dulang,
Dulang hanyut lautan tujuh,
Perpecahan Gayong perpecahan sayang,
Di suatu masa kembali berteguh."
Segayong,
Sekendi,
Seperigi,
Sepeminum,
Sejalan,
Sejadi,
Sedarah,
Sedaging,
Sepadu,
Gayong? Siapa Gayong? Aku Gayong, Engkau Gayong,
Gayong? Di Mana Gayong? Di sini Gaying, Di sana Gayong,
Apa Gayong? Genggam, Angkat, Yakin, Waras, Ngeri.
"Tok sengaja membahagi-bahagikan ilmu-ilmu yang berlainan kepada kamu semua. Supaya kamu semua bersatu padu untuk dapat ilmu tok yang sebenarnya."
Amanat terakhir Mahaguru Gayong Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman

Carta Organisasi Tahun 2011

Majlis Penyampaian Bengkung Silat 2010

Pada 12 November 2010, Majlis Penyampaian Bengkung Silat dan Jamuan Pertubuhan Silat Seni Gayong telah diadakan di Student Centre. Majlis ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan bengkung-bengkung kepada ahli-ahli gayong yang telah dalam ujian kenaikan bengkung yang telah diadakan pada bulan lepas. Seramai 24 orang ahli gayong yang mendapat bengkung Awan Putih manakala seramai 4 orang ahli gayong yang berjaya mendapat bengkung Pelangi Hijau. Ahli-ahli gayong menerima bengkung silat daripada Guru Penasihat Silat Gayong Warisan SMK Dato' Ahmad Maher, En. Muhd Zulkifli Ismail. Selepas upacara penyampaian bengkung silat, ahli-ahli gayong menikmati hidangan-hidangan yang disediakan. Sebelum majlis berakhir, ahli-ahli dibenarkan bergambar dengan guru-guru penasihat sebagai kenang-kenangan. Ahli-ahli gayong berharap agar tahun hadapan merupakan tahun yang paling gemilang buat Silat Gayong Warisan SMKDAM dan mendapat tahap tertinggi dalam Silat Gayong.




Ucapan Wakil Ahli Gayong




Ucapan Guru Penasihat


Simbolik kepada Duduk Anak Harimau
Barisan Gurulatih dan Pembantu Gurulatih



Ahli-ahli Gayong 2010

Majlis Penutupan Program Kebitaraan Sekolah 2010

Pada 7 Oktober 2010, ahli-ahli Silat Gayong Warisan sekali lagi telah diberi kepercayaan untuk membuat persembahan seni tari silat dengan menggunakan muzik gemersika Gamelan sempena Majlis Penutupan Program Kebitaraan Sekolah 2010 yang bertempat di SMK Dato' Ahmad Maher. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Pn. Hjh. Dyuhiza Bt. Anwar dan En. Mohd Zaidi B. Mat kerana telah mempercayai kebolehan-kebolehan yang dimiliki oleh ahli-ahli Silat Gayong Warisan SMK Dato' Ahmad Maher. Seramai 34 orang ahli-ahli Gayong telah menyertai seni tari silat ini. Pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia yang datang ke sini sungguh teruja dengan persembahan yang dipersembahkan oleh ahli-ahli Gayong di bawah pimpinan En. Mohd Zaidi B. Mat dan En. Muhd Zulkifli B. Ismail.



Pesta Kemerdekaan 2010

Pada 23 September, ahli-ahli Silat Gayong Warisan SMK Dato' Ahmad Maher telah membuat persembahan pada Pesta Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2010. Mereka terdiri daripada ahli-ahli tingkatan 1 hingga tingkatan 4. Mereka telah diberikan tanggungjawab untuk menyanyikan lagu Negaraku, Selamat Sultan, dan Malaysia Oh Tanah Airku. Mereka menyanyi sambil memegang bendera Jalur Gemilang di atas pentas. Selain itu, mereka juga diberikan tanggungjawab untuk mengiringi Tuan Pengetua masuk ke dewan. Pada akhir Pesta Kemerdekaan ini, ahli-ahli silat diberikan peluang untuk membuat persembahan dalam Seni Tari Solo Puteri dan Jurus Silat Puteri. Hal ini sebagai penghargaan kepada mereka kerana telah mendapat kedudukan yang terbaik dalm Kejohanan Silat Sekolah-sekolah Kelantan 2010. Pesta Kemerdekaan 2010 ini dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang SMK Dato' Ahmad Maher, Tn. Hj. Wan Mansor B. Wan Mohmood. Pesta ini berakhir pada pukul 2.00 petang.