Friday, November 5, 2010
Majlis Penyampaian Bengkung Silat 2010
Pada 12 November 2010, Majlis Penyampaian Bengkung Silat dan Jamuan Pertubuhan Silat Seni Gayong telah diadakan di Student Centre. Majlis ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan bengkung-bengkung kepada ahli-ahli gayong yang telah dalam ujian kenaikan bengkung yang telah diadakan pada bulan lepas. Seramai 24 orang ahli gayong yang mendapat bengkung Awan Putih manakala seramai 4 orang ahli gayong yang berjaya mendapat bengkung Pelangi Hijau. Ahli-ahli gayong menerima bengkung silat daripada Guru Penasihat Silat Gayong Warisan SMK Dato' Ahmad Maher, En. Muhd Zulkifli Ismail. Selepas upacara penyampaian bengkung silat, ahli-ahli gayong menikmati hidangan-hidangan yang disediakan. Sebelum majlis berakhir, ahli-ahli dibenarkan bergambar dengan guru-guru penasihat sebagai kenang-kenangan. Ahli-ahli gayong berharap agar tahun hadapan merupakan tahun yang paling gemilang buat Silat Gayong Warisan SMKDAM dan mendapat tahap tertinggi dalam Silat Gayong.
Majlis Penutupan Program Kebitaraan Sekolah 2010
Pada 7 Oktober 2010, ahli-ahli Silat Gayong Warisan sekali lagi telah diberi kepercayaan untuk membuat persembahan seni tari silat dengan menggunakan muzik gemersika Gamelan sempena Majlis Penutupan Program Kebitaraan Sekolah 2010 yang bertempat di SMK Dato' Ahmad Maher. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Pn. Hjh. Dyuhiza Bt. Anwar dan En. Mohd Zaidi B. Mat kerana telah mempercayai kebolehan-kebolehan yang dimiliki oleh ahli-ahli Silat Gayong Warisan SMK Dato' Ahmad Maher. Seramai 34 orang ahli-ahli Gayong telah menyertai seni tari silat ini. Pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia yang datang ke sini sungguh teruja dengan persembahan yang dipersembahkan oleh ahli-ahli Gayong di bawah pimpinan En. Mohd Zaidi B. Mat dan En. Muhd Zulkifli B. Ismail.
Pesta Kemerdekaan 2010
Pada 23 September, ahli-ahli Silat Gayong Warisan SMK Dato' Ahmad Maher telah membuat persembahan pada Pesta Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2010. Mereka terdiri daripada ahli-ahli tingkatan 1 hingga tingkatan 4. Mereka telah diberikan tanggungjawab untuk menyanyikan lagu Negaraku, Selamat Sultan, dan Malaysia Oh Tanah Airku. Mereka menyanyi sambil memegang bendera Jalur Gemilang di atas pentas. Selain itu, mereka juga diberikan tanggungjawab untuk mengiringi Tuan Pengetua masuk ke dewan. Pada akhir Pesta Kemerdekaan ini, ahli-ahli silat diberikan peluang untuk membuat persembahan dalam Seni Tari Solo Puteri dan Jurus Silat Puteri. Hal ini sebagai penghargaan kepada mereka kerana telah mendapat kedudukan yang terbaik dalm Kejohanan Silat Sekolah-sekolah Kelantan 2010. Pesta Kemerdekaan 2010 ini dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang SMK Dato' Ahmad Maher, Tn. Hj. Wan Mansor B. Wan Mohmood. Pesta ini berakhir pada pukul 2.00 petang.
Sunday, September 5, 2010
Salam Aidilfitri
Sebagai penulis blog ini, saya mewakili seluruh ahli persatuan silat SMK Dato' Ahmad Maher ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Jika ada kesilapan-kesilapan kecil, diharapkan agar diampunkan. Salam ini khas saya tujukan kepada guru-guru pemimpin silat yang sangat kami hargai dan sayangi, Pn. Hasnah, Wasit En. Mohd Zaidi, dan Wasit En. Mohammad Zulkifli. Jika tidak kerana mereka semua, sudah pasti pertubuhan ini tidak akan maju di bumi maher ini. Terima kasih kepada mereka kerana telah mengajar kami semua. Semoga pertubuhan silat gayong ini akan kekal di bumi maher. Sekian...

Saturday, September 4, 2010
Sepanjang Bulan Ramadhan
Sepanjang bulan Ramadhan, ahli-ahli silat berlatih secara bersendirian walaupun hanya beberapa orang sahaja yang turun berlatih pada setiap hari rabu. Ahli-ahli silat mengulangkaji apa yang telah dipelajari sebelum ini sebagai persediaan untuk ujian kenaikan bengkung bula Oktober ini. Mereka yang turun berlatih ini semuanya kaum lelaki. Aktiviti ini sebagai aktiviti pengisian masa lapang pada bulan ramadhan selain bertadarus al-Quran.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak
Assalaamualaikum, rasanya belum terlambat untuk pertubuhan silat ini mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Beramal Soleh dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Diharapkan agar semua ahli silat dapat berlatih dan mempraktikkan apa yang telah dipelajari untuk ujian kenaikan bengkung yang akan diadakan pada bulan Oktober ini. Sekian daripada saya. Selamat Menunaikan Solat Terawih dan Bersedekah...
Thursday, August 5, 2010
Pesta Kokurikulum 2010
Pada 24 hingga 26 Jun 2010, Persatuan Silat Gayong Warisan Maher telah menyertai Pesta Kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah bertempat di padang sekolah SMK Dato' Ahmad Maher. Seramai 40 peserta Kontijen Silat Gayong Warisan telah menyertai pesta ini. Kontijen kami menyertai semua acara yang dipertandingkan seperti Kawad Kaki, Merentas Halangan, Gajet dan Khemah, Pengurusan Jenazah, Pertolongan Cemas, dan Explorace. Walaupun cuaca pada masa itu hujan lebat dan padang yang basah, ahli-ahli kontijen silat tetap bersemangat dalam setiap acara yang dipertandingkan. Pada awal acara, iaitu acara Kawad Kaki, kontijen silat gayong tidak mendapat tempat yang membanggakan. Namun acara ini merupakan pertama kali kontijen silat menyertainya. Alhamdulillah, segala halangan dapat direntas oleh ahli-ahli silat gayong dalam acara merentas halangan. Ahli-ahli silat cukup bersedia walaupun keadaan padang yang basah dan becak. Akhirnya, kontijen silat mendapat johan bagi acara ini. Bagi acara pertolongan cemas,explorace,dan pengurusan jenazah kontijen silat tidak mendapat keputusan yang memberangsangkan, namun komitmen yang ditunjukkan oleh ahli-ahli gayong patut dipuji. Dalam acara gajet dan khemah, kontijen silat sekali lagi menunjukkan kehebatan sebenarnya apabila mendapat johan dalam acara ini.Pada upacara penutupan pesta ini yang diadakan pada 27 Jun 2010 di Dewan Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid, ahli-ahli silat dengan berpakaian seragam silat serba hitam berbengkung masuk ke dalam dewan. Upacara penutupan ini disempurnakan oleh Tuan Haji Wan Mansor Bin Wan Mohmood. Kontijen Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) telah diumumkan sebagai johan keseluruhan. Namun kontijen silat tidak pulang dengan hampa. Lebih manis lagi, guru penasihat kami, En. Mohd Zaidi Bin Mat telah diumumkan sebagai Guru Penasihat Terbaik Pesta Kokurikulum 2010. Tahun ini merupakan tahun yang menjadi kegemilangan buat Silat Gayong Warisan. Dan berharap banyak lagi kejayaan yang akan dijulang pada masa akan datang.


Pertandingan Pengurusan Jenazah
Sebelum Acara Merentas Halangan
Subscribe to:
Posts (Atom)