Pada 24 hingga 26 Jun 2010, Persatuan Silat Gayong Warisan Maher telah menyertai Pesta Kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah bertempat di padang sekolah SMK Dato' Ahmad Maher. Seramai 40 peserta Kontijen Silat Gayong Warisan telah menyertai pesta ini. Kontijen kami menyertai semua acara yang dipertandingkan seperti Kawad Kaki, Merentas Halangan, Gajet dan Khemah, Pengurusan Jenazah, Pertolongan Cemas, dan Explorace. Walaupun cuaca pada masa itu hujan lebat dan padang yang basah, ahli-ahli kontijen silat tetap bersemangat dalam setiap acara yang dipertandingkan. Pada awal acara, iaitu acara Kawad Kaki, kontijen silat gayong tidak mendapat tempat yang membanggakan. Namun acara ini merupakan pertama kali kontijen silat menyertainya. Alhamdulillah, segala halangan dapat direntas oleh ahli-ahli silat gayong dalam acara merentas halangan. Ahli-ahli silat cukup bersedia walaupun keadaan padang yang basah dan becak. Akhirnya, kontijen silat mendapat johan bagi acara ini. Bagi acara pertolongan cemas,explorace,dan pengurusan jenazah kontijen silat tidak mendapat keputusan yang memberangsangkan, namun komitmen yang ditunjukkan oleh ahli-ahli gayong patut dipuji. Dalam acara gajet dan khemah, kontijen silat sekali lagi menunjukkan kehebatan sebenarnya apabila mendapat johan dalam acara ini.Pada upacara penutupan pesta ini yang diadakan pada 27 Jun 2010 di Dewan Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid, ahli-ahli silat dengan berpakaian seragam silat serba hitam berbengkung masuk ke dalam dewan. Upacara penutupan ini disempurnakan oleh Tuan Haji Wan Mansor Bin Wan Mohmood. Kontijen Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) telah diumumkan sebagai johan keseluruhan. Namun kontijen silat tidak pulang dengan hampa. Lebih manis lagi, guru penasihat kami, En. Mohd Zaidi Bin Mat telah diumumkan sebagai Guru Penasihat Terbaik Pesta Kokurikulum 2010. Tahun ini merupakan tahun yang menjadi kegemilangan buat Silat Gayong Warisan. Dan berharap banyak lagi kejayaan yang akan dijulang pada masa akan datang.
Pertandingan Pengurusan Jenazah
Sebelum Acara Merentas Halangan