Ahli-ahli Silat Gayong Warisan Maher 2010

Ahli-ahli Silat Gayong Warisan Maher 2010

Friday, November 5, 2010

Pesta Kemerdekaan 2010

Pada 23 September, ahli-ahli Silat Gayong Warisan SMK Dato' Ahmad Maher telah membuat persembahan pada Pesta Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2010. Mereka terdiri daripada ahli-ahli tingkatan 1 hingga tingkatan 4. Mereka telah diberikan tanggungjawab untuk menyanyikan lagu Negaraku, Selamat Sultan, dan Malaysia Oh Tanah Airku. Mereka menyanyi sambil memegang bendera Jalur Gemilang di atas pentas. Selain itu, mereka juga diberikan tanggungjawab untuk mengiringi Tuan Pengetua masuk ke dewan. Pada akhir Pesta Kemerdekaan ini, ahli-ahli silat diberikan peluang untuk membuat persembahan dalam Seni Tari Solo Puteri dan Jurus Silat Puteri. Hal ini sebagai penghargaan kepada mereka kerana telah mendapat kedudukan yang terbaik dalm Kejohanan Silat Sekolah-sekolah Kelantan 2010. Pesta Kemerdekaan 2010 ini dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang SMK Dato' Ahmad Maher, Tn. Hj. Wan Mansor B. Wan Mohmood. Pesta ini berakhir pada pukul 2.00 petang.

Sunday, September 5, 2010

Salam Aidilfitri

Sebagai penulis blog ini, saya mewakili seluruh ahli persatuan silat SMK Dato' Ahmad Maher ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Jika ada kesilapan-kesilapan kecil, diharapkan agar diampunkan. Salam ini khas saya tujukan kepada guru-guru pemimpin silat yang sangat kami hargai dan sayangi, Pn. Hasnah, Wasit En. Mohd Zaidi, dan Wasit En. Mohammad Zulkifli. Jika tidak kerana mereka semua, sudah pasti pertubuhan ini tidak akan maju di bumi maher ini. Terima kasih kepada mereka kerana telah mengajar kami semua. Semoga pertubuhan silat gayong ini akan kekal di bumi maher. Sekian...


Saturday, September 4, 2010

Sepanjang Bulan Ramadhan

Sepanjang bulan Ramadhan, ahli-ahli silat berlatih secara bersendirian walaupun hanya beberapa orang sahaja yang turun berlatih pada setiap hari rabu. Ahli-ahli silat mengulangkaji apa yang telah dipelajari sebelum ini sebagai persediaan untuk ujian kenaikan bengkung bula Oktober ini. Mereka yang turun berlatih ini semuanya kaum lelaki. Aktiviti ini sebagai aktiviti pengisian masa lapang pada bulan ramadhan selain bertadarus al-Quran.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Assalaamualaikum, rasanya belum terlambat untuk pertubuhan silat ini mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Beramal Soleh dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Diharapkan agar semua ahli silat dapat berlatih dan mempraktikkan apa yang telah dipelajari untuk ujian kenaikan bengkung yang akan diadakan pada bulan Oktober ini. Sekian daripada saya. Selamat Menunaikan Solat Terawih dan Bersedekah...














Thursday, August 5, 2010

Pesta Kokurikulum 2010

Pada 24 hingga 26 Jun 2010, Persatuan Silat Gayong Warisan Maher telah menyertai Pesta Kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah bertempat di padang sekolah SMK Dato' Ahmad Maher. Seramai 40 peserta Kontijen Silat Gayong Warisan telah menyertai pesta ini. Kontijen kami menyertai semua acara yang dipertandingkan seperti Kawad Kaki, Merentas Halangan, Gajet dan Khemah, Pengurusan Jenazah, Pertolongan Cemas, dan Explorace. Walaupun cuaca pada masa itu hujan lebat dan padang yang basah, ahli-ahli kontijen silat tetap bersemangat dalam setiap acara yang dipertandingkan. Pada awal acara, iaitu acara Kawad Kaki, kontijen silat gayong tidak mendapat tempat yang membanggakan. Namun acara ini merupakan pertama kali kontijen silat menyertainya. Alhamdulillah, segala halangan dapat direntas oleh ahli-ahli silat gayong dalam acara merentas halangan. Ahli-ahli silat cukup bersedia walaupun keadaan padang yang basah dan becak. Akhirnya, kontijen silat mendapat johan bagi acara ini. Bagi acara pertolongan cemas,explorace,dan pengurusan jenazah kontijen silat tidak mendapat keputusan yang memberangsangkan, namun komitmen yang ditunjukkan oleh ahli-ahli gayong patut dipuji. Dalam acara gajet dan khemah, kontijen silat sekali lagi menunjukkan kehebatan sebenarnya apabila mendapat johan dalam acara ini.Pada upacara penutupan pesta ini yang diadakan pada 27 Jun 2010 di Dewan Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid, ahli-ahli silat dengan berpakaian seragam silat serba hitam berbengkung masuk ke dalam dewan. Upacara penutupan ini disempurnakan oleh Tuan Haji Wan Mansor Bin Wan Mohmood. Kontijen Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) telah diumumkan sebagai johan keseluruhan. Namun kontijen silat tidak pulang dengan hampa. Lebih manis lagi, guru penasihat kami, En. Mohd Zaidi Bin Mat telah diumumkan sebagai Guru Penasihat Terbaik Pesta Kokurikulum 2010. Tahun ini merupakan tahun yang menjadi kegemilangan buat Silat Gayong Warisan. Dan berharap banyak lagi kejayaan yang akan dijulang pada masa akan datang.



Pertandingan Pengurusan Jenazah
Sebelum Acara Merentas Halangan




Pertandingan Masakan



Anggota Silat Perempuan



Anggota Silat Lelaki

Friday, July 30, 2010

Kejohanan Pencak Silat Sekolah-sekolah Kelantan 2010

Pada 26, 27, dan 28 Julai 2010, seramai 12 orang ahli Silat Gayong Warisan SMK Dato' Ahmad Maher telah menyertai Kejohanan Pencak Silat Sekolah-sekolah Negeri Kelantan 2010 yang diadakan di SMK Bandar Machang, Machang. Peserta dari SMK Dato' Ahmad Maher menyertai semua acara yang dipertandingkan termasuklah Seni Tari Solo Putera, Seni Tari Solo Puteri, Jurus Wajib Putera, Jurus Silat Puteri, Seni Tempur Putera, dan Seni Tempur Putera. Peserta-peserta SMK Dato' Ahmad Maher terdiri daripada ahli gayong tingkatan 1, tingkatan 2, tingkatan 3 dan tingkatan 4. Banyak sekolah dari seluruh negeri Kelantan yang menyertai kejohanan pencak silat ini. Mereka datang daripada pelbagai jenis pertubuhan silat termasuklah Silat Gayong Warisan Malaysia, Silat Teralak Asli, Silat Gayong Tiga Kalimah dan banyak lagi. Walaupun tidak mendapat apa-apa kejayaan pada kejohanan ini, seorang peserta Seni Tari Solo Puteri SMK Dato' Ahmad Maher, Wan Husna Afiqah, berjaya mendapat tempat ke-4 daripada 40 orang peserta. Kejayaan ini diharapkan dapat diteruskan pada kejohanan pencak silat pada tahun hadapan. Kejohanan ini telah ditutup secara rasmi oleh Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan.





Sebelum Masuk ke Gelanggang (Peserta Tari Solo Maher








Peserta Jurus Wajib Putera membuat Persembahan




Peserta Seni Tari Solo Putera dan Puteri (Baju Kuning)






Johan Seni Tempur Putera 2010



Wasit-wasit Juri Sebelum Bermula Kejohanan





Peserta Seni Tempur Puteri Maher

Bersama Guru Silat kami, Cikgu Zul


Kenangan Bersama di SMK Bandar Machang



Johan Jurus Silat Puteri 2010




Peserta Jurus Silat Puteri Maher




Johan Seni Tari Solo Putera Kelantan 2010

Friday, May 28, 2010

Hari Guru 2010

Pada sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher, 18 Mei 2010, seramai 8 orang ahli persatuan seni silat gayong warisan SMK Dato' Ahmad Maher telah membuat persembahan seni tari silat dan tempur. Mereka yang terlibat ialah Mohd Asma, Naimul Akmal, Muhd Amir, Mohd Bahrul Ridhuan, Ahmad Hafizi, Nik Izzat Hazwan, Anis Nabila, dan Wan Husna Afiqah. Mereka membuat persembahan sebaik sahaja acara perhimpunan bermula sebagai tanda pembukaan sambutan hari guru. Mereka juga mempersebahkan tarian bunga tanjung dan gulungan anak harimau dalam persembahan seni tari silat.




Gulungan Anak Harimau


Tarian Bunga Tanjung