Pada 26, 27, dan 28 Julai 2010, seramai 12 orang ahli Silat Gayong Warisan SMK Dato' Ahmad Maher telah menyertai Kejohanan Pencak Silat Sekolah-sekolah Negeri Kelantan 2010 yang diadakan di SMK Bandar Machang, Machang. Peserta dari SMK Dato' Ahmad Maher menyertai semua acara yang dipertandingkan termasuklah Seni Tari Solo Putera, Seni Tari Solo Puteri, Jurus Wajib Putera, Jurus Silat Puteri, Seni Tempur Putera, dan Seni Tempur Putera. Peserta-peserta SMK Dato' Ahmad Maher terdiri daripada ahli gayong tingkatan 1, tingkatan 2, tingkatan 3 dan tingkatan 4. Banyak sekolah dari seluruh negeri Kelantan yang menyertai kejohanan pencak silat ini. Mereka datang daripada pelbagai jenis pertubuhan silat termasuklah Silat Gayong Warisan Malaysia, Silat Teralak Asli, Silat Gayong Tiga Kalimah dan banyak lagi. Walaupun tidak mendapat apa-apa kejayaan pada kejohanan ini, seorang peserta Seni Tari Solo Puteri SMK Dato' Ahmad Maher, Wan Husna Afiqah, berjaya mendapat tempat ke-4 daripada 40 orang peserta. Kejayaan ini diharapkan dapat diteruskan pada kejohanan pencak silat pada tahun hadapan. Kejohanan ini telah ditutup secara rasmi oleh Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan.
Sebelum Masuk ke Gelanggang (Peserta Tari Solo Maher
Peserta Jurus Wajib Putera membuat Persembahan
Peserta Seni Tari Solo Putera dan Puteri (Baju Kuning)
Johan Seni Tempur Putera 2010
Wasit-wasit Juri Sebelum Bermula Kejohanan
Peserta Seni Tempur Puteri Maher
Bersama Guru Silat kami, Cikgu Zul
Kenangan Bersama di SMK Bandar Machang
Johan Jurus Silat Puteri 2010
Peserta Jurus Silat Puteri MaherJohan Seni Tari Solo Putera Kelantan 2010