Ahli-ahli Silat Gayong Warisan Maher 2010

Ahli-ahli Silat Gayong Warisan Maher 2010

Friday, November 5, 2010

Lagu Rasmi PSSGM

Ingin Menjadi Ahli Silat?

Dapatkan borang keahlian silat gayong dengan Cikgu Zaidi.
Terbuka kepada semua pelajar SMK Dato' Ahmad Maher.
Latihan mingguan diadakan pada setiap hari Rabu.
Diwajibkan berpakaian seragam silat serba hitam dan berbengkung bagi ahli yang sudah mempunyai baju seragam silat.
Bagi ahli baru yang belum mempunyai baju silat, boleh dapatkannya dengan Cikgu Zaidi dengan harga RM 65.

Amanat Mahaguru Gayong Dato' Meor Abdul Rahman

" Jangan ditepuk susu di dulang,
Anak harimau tak dapat menyusu,
Jangan pecah rahsia hulubalang,
Nanti harimau hilang kuku."
" Jangan ditepuk darah di dulang,
Anak harimau mencari ibu,
Jangan pecah mentera hulubalng,
Nanti harimau hilang asu."
" Jikalau ada dulang di tangan,
Jangan biar jatuh terhempas,
Jikalau ada senjata di tangan,
Jangan biar orang rampas."
" Pecah Gayong di dalam dulang,
Dulang hanyut lautan tujuh,
Perpecahan Gayong perpecahan sayang,
Di suatu masa kembali berteguh."
Segayong,
Sekendi,
Seperigi,
Sepeminum,
Sejalan,
Sejadi,
Sedarah,
Sedaging,
Sepadu,
Gayong? Siapa Gayong? Aku Gayong, Engkau Gayong,
Gayong? Di Mana Gayong? Di sini Gaying, Di sana Gayong,
Apa Gayong? Genggam, Angkat, Yakin, Waras, Ngeri.
"Tok sengaja membahagi-bahagikan ilmu-ilmu yang berlainan kepada kamu semua. Supaya kamu semua bersatu padu untuk dapat ilmu tok yang sebenarnya."
Amanat terakhir Mahaguru Gayong Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman

Carta Organisasi Tahun 2011

Majlis Penyampaian Bengkung Silat 2010

Pada 12 November 2010, Majlis Penyampaian Bengkung Silat dan Jamuan Pertubuhan Silat Seni Gayong telah diadakan di Student Centre. Majlis ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan bengkung-bengkung kepada ahli-ahli gayong yang telah dalam ujian kenaikan bengkung yang telah diadakan pada bulan lepas. Seramai 24 orang ahli gayong yang mendapat bengkung Awan Putih manakala seramai 4 orang ahli gayong yang berjaya mendapat bengkung Pelangi Hijau. Ahli-ahli gayong menerima bengkung silat daripada Guru Penasihat Silat Gayong Warisan SMK Dato' Ahmad Maher, En. Muhd Zulkifli Ismail. Selepas upacara penyampaian bengkung silat, ahli-ahli gayong menikmati hidangan-hidangan yang disediakan. Sebelum majlis berakhir, ahli-ahli dibenarkan bergambar dengan guru-guru penasihat sebagai kenang-kenangan. Ahli-ahli gayong berharap agar tahun hadapan merupakan tahun yang paling gemilang buat Silat Gayong Warisan SMKDAM dan mendapat tahap tertinggi dalam Silat Gayong.




Ucapan Wakil Ahli Gayong




Ucapan Guru Penasihat


Simbolik kepada Duduk Anak Harimau
Barisan Gurulatih dan Pembantu Gurulatih



Ahli-ahli Gayong 2010

Majlis Penutupan Program Kebitaraan Sekolah 2010

Pada 7 Oktober 2010, ahli-ahli Silat Gayong Warisan sekali lagi telah diberi kepercayaan untuk membuat persembahan seni tari silat dengan menggunakan muzik gemersika Gamelan sempena Majlis Penutupan Program Kebitaraan Sekolah 2010 yang bertempat di SMK Dato' Ahmad Maher. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Pn. Hjh. Dyuhiza Bt. Anwar dan En. Mohd Zaidi B. Mat kerana telah mempercayai kebolehan-kebolehan yang dimiliki oleh ahli-ahli Silat Gayong Warisan SMK Dato' Ahmad Maher. Seramai 34 orang ahli-ahli Gayong telah menyertai seni tari silat ini. Pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia yang datang ke sini sungguh teruja dengan persembahan yang dipersembahkan oleh ahli-ahli Gayong di bawah pimpinan En. Mohd Zaidi B. Mat dan En. Muhd Zulkifli B. Ismail.



Pesta Kemerdekaan 2010

Pada 23 September, ahli-ahli Silat Gayong Warisan SMK Dato' Ahmad Maher telah membuat persembahan pada Pesta Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2010. Mereka terdiri daripada ahli-ahli tingkatan 1 hingga tingkatan 4. Mereka telah diberikan tanggungjawab untuk menyanyikan lagu Negaraku, Selamat Sultan, dan Malaysia Oh Tanah Airku. Mereka menyanyi sambil memegang bendera Jalur Gemilang di atas pentas. Selain itu, mereka juga diberikan tanggungjawab untuk mengiringi Tuan Pengetua masuk ke dewan. Pada akhir Pesta Kemerdekaan ini, ahli-ahli silat diberikan peluang untuk membuat persembahan dalam Seni Tari Solo Puteri dan Jurus Silat Puteri. Hal ini sebagai penghargaan kepada mereka kerana telah mendapat kedudukan yang terbaik dalm Kejohanan Silat Sekolah-sekolah Kelantan 2010. Pesta Kemerdekaan 2010 ini dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang SMK Dato' Ahmad Maher, Tn. Hj. Wan Mansor B. Wan Mohmood. Pesta ini berakhir pada pukul 2.00 petang.

Sunday, September 5, 2010

Salam Aidilfitri

Sebagai penulis blog ini, saya mewakili seluruh ahli persatuan silat SMK Dato' Ahmad Maher ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Jika ada kesilapan-kesilapan kecil, diharapkan agar diampunkan. Salam ini khas saya tujukan kepada guru-guru pemimpin silat yang sangat kami hargai dan sayangi, Pn. Hasnah, Wasit En. Mohd Zaidi, dan Wasit En. Mohammad Zulkifli. Jika tidak kerana mereka semua, sudah pasti pertubuhan ini tidak akan maju di bumi maher ini. Terima kasih kepada mereka kerana telah mengajar kami semua. Semoga pertubuhan silat gayong ini akan kekal di bumi maher. Sekian...


Saturday, September 4, 2010

Sepanjang Bulan Ramadhan

Sepanjang bulan Ramadhan, ahli-ahli silat berlatih secara bersendirian walaupun hanya beberapa orang sahaja yang turun berlatih pada setiap hari rabu. Ahli-ahli silat mengulangkaji apa yang telah dipelajari sebelum ini sebagai persediaan untuk ujian kenaikan bengkung bula Oktober ini. Mereka yang turun berlatih ini semuanya kaum lelaki. Aktiviti ini sebagai aktiviti pengisian masa lapang pada bulan ramadhan selain bertadarus al-Quran.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Assalaamualaikum, rasanya belum terlambat untuk pertubuhan silat ini mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Beramal Soleh dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Diharapkan agar semua ahli silat dapat berlatih dan mempraktikkan apa yang telah dipelajari untuk ujian kenaikan bengkung yang akan diadakan pada bulan Oktober ini. Sekian daripada saya. Selamat Menunaikan Solat Terawih dan Bersedekah...














Thursday, August 5, 2010

Pesta Kokurikulum 2010

Pada 24 hingga 26 Jun 2010, Persatuan Silat Gayong Warisan Maher telah menyertai Pesta Kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah bertempat di padang sekolah SMK Dato' Ahmad Maher. Seramai 40 peserta Kontijen Silat Gayong Warisan telah menyertai pesta ini. Kontijen kami menyertai semua acara yang dipertandingkan seperti Kawad Kaki, Merentas Halangan, Gajet dan Khemah, Pengurusan Jenazah, Pertolongan Cemas, dan Explorace. Walaupun cuaca pada masa itu hujan lebat dan padang yang basah, ahli-ahli kontijen silat tetap bersemangat dalam setiap acara yang dipertandingkan. Pada awal acara, iaitu acara Kawad Kaki, kontijen silat gayong tidak mendapat tempat yang membanggakan. Namun acara ini merupakan pertama kali kontijen silat menyertainya. Alhamdulillah, segala halangan dapat direntas oleh ahli-ahli silat gayong dalam acara merentas halangan. Ahli-ahli silat cukup bersedia walaupun keadaan padang yang basah dan becak. Akhirnya, kontijen silat mendapat johan bagi acara ini. Bagi acara pertolongan cemas,explorace,dan pengurusan jenazah kontijen silat tidak mendapat keputusan yang memberangsangkan, namun komitmen yang ditunjukkan oleh ahli-ahli gayong patut dipuji. Dalam acara gajet dan khemah, kontijen silat sekali lagi menunjukkan kehebatan sebenarnya apabila mendapat johan dalam acara ini.Pada upacara penutupan pesta ini yang diadakan pada 27 Jun 2010 di Dewan Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid, ahli-ahli silat dengan berpakaian seragam silat serba hitam berbengkung masuk ke dalam dewan. Upacara penutupan ini disempurnakan oleh Tuan Haji Wan Mansor Bin Wan Mohmood. Kontijen Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) telah diumumkan sebagai johan keseluruhan. Namun kontijen silat tidak pulang dengan hampa. Lebih manis lagi, guru penasihat kami, En. Mohd Zaidi Bin Mat telah diumumkan sebagai Guru Penasihat Terbaik Pesta Kokurikulum 2010. Tahun ini merupakan tahun yang menjadi kegemilangan buat Silat Gayong Warisan. Dan berharap banyak lagi kejayaan yang akan dijulang pada masa akan datang.



Pertandingan Pengurusan Jenazah
Sebelum Acara Merentas Halangan




Pertandingan Masakan



Anggota Silat Perempuan



Anggota Silat Lelaki

Friday, July 30, 2010

Kejohanan Pencak Silat Sekolah-sekolah Kelantan 2010

Pada 26, 27, dan 28 Julai 2010, seramai 12 orang ahli Silat Gayong Warisan SMK Dato' Ahmad Maher telah menyertai Kejohanan Pencak Silat Sekolah-sekolah Negeri Kelantan 2010 yang diadakan di SMK Bandar Machang, Machang. Peserta dari SMK Dato' Ahmad Maher menyertai semua acara yang dipertandingkan termasuklah Seni Tari Solo Putera, Seni Tari Solo Puteri, Jurus Wajib Putera, Jurus Silat Puteri, Seni Tempur Putera, dan Seni Tempur Putera. Peserta-peserta SMK Dato' Ahmad Maher terdiri daripada ahli gayong tingkatan 1, tingkatan 2, tingkatan 3 dan tingkatan 4. Banyak sekolah dari seluruh negeri Kelantan yang menyertai kejohanan pencak silat ini. Mereka datang daripada pelbagai jenis pertubuhan silat termasuklah Silat Gayong Warisan Malaysia, Silat Teralak Asli, Silat Gayong Tiga Kalimah dan banyak lagi. Walaupun tidak mendapat apa-apa kejayaan pada kejohanan ini, seorang peserta Seni Tari Solo Puteri SMK Dato' Ahmad Maher, Wan Husna Afiqah, berjaya mendapat tempat ke-4 daripada 40 orang peserta. Kejayaan ini diharapkan dapat diteruskan pada kejohanan pencak silat pada tahun hadapan. Kejohanan ini telah ditutup secara rasmi oleh Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan.





Sebelum Masuk ke Gelanggang (Peserta Tari Solo Maher








Peserta Jurus Wajib Putera membuat Persembahan




Peserta Seni Tari Solo Putera dan Puteri (Baju Kuning)






Johan Seni Tempur Putera 2010



Wasit-wasit Juri Sebelum Bermula Kejohanan





Peserta Seni Tempur Puteri Maher

Bersama Guru Silat kami, Cikgu Zul


Kenangan Bersama di SMK Bandar Machang



Johan Jurus Silat Puteri 2010




Peserta Jurus Silat Puteri Maher




Johan Seni Tari Solo Putera Kelantan 2010

Friday, May 28, 2010

Hari Guru 2010

Pada sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher, 18 Mei 2010, seramai 8 orang ahli persatuan seni silat gayong warisan SMK Dato' Ahmad Maher telah membuat persembahan seni tari silat dan tempur. Mereka yang terlibat ialah Mohd Asma, Naimul Akmal, Muhd Amir, Mohd Bahrul Ridhuan, Ahmad Hafizi, Nik Izzat Hazwan, Anis Nabila, dan Wan Husna Afiqah. Mereka membuat persembahan sebaik sahaja acara perhimpunan bermula sebagai tanda pembukaan sambutan hari guru. Mereka juga mempersebahkan tarian bunga tanjung dan gulungan anak harimau dalam persembahan seni tari silat.




Gulungan Anak Harimau


Tarian Bunga Tanjung

Thursday, May 27, 2010

Aktiviti Semasa

Bermula bulan Mei, latihan bagi semua ahli Persatuan Seni Silat Gayong Warisan SMK Dato' Ahmad Maher diadakan pada setiap hari Rabu dan Sabtu setiap minggu. Hal ini telah diputuskan oleh guru pemimpin persatuan, Cikgu Zulkifli dan waktu latihan ini telah dipersetujui oleh semua ahli. Dalam latihan ni, semua ahli akan mempelajari teknik-teknik mengikut bengkung masing-masing. Semua ahli akan dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu bengkung awan putih dan bengkung hitam kosong.

Friday, March 19, 2010

Kem Silat Siri 1 2010
















Pada 11 Mac Hingga 13 Mac 2010, seramai 11 orang ahli silat SMK DATO" AHMAD MAHER telah menyertai kem silat yang telah dianjurkan oleh PERTUBUHAN SENI SILAT GAYONG WARISAN MALAYSIA NEGERI KELANTAN di Sri Muara Resort, Bachok, Kelantan. Seramai 120 orang ahli gayong dari seluruh negeri Kelantan datang menyertai kem yang dianjurkan ini.

Antara sekolah yang terlibat dalam kem silat ini termasuklah SMK Dato' Ahmad Maher, SMK Kubang Kerian 1, SMK Kubang Kerian 2, Mahaad Yaakubiah, dan banyak lagi. Sekolah-sekolah yang terlibat ini hanyalah sekolah yang mempunyai persatuan seni silat gayong warisan Malaysia sahaja.

Semasa Kem ini berlangsung, semua peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut warna bengkung masing-masing seperti Hitam Kosong, Awan Putih, dan Pelangi Hijau. Para peserta dapat mempelajari silibus-silibus bengkung masing-masing seperti pukulan maut, pentas, kunci mati, gulungan anak harimau, dan asas elakan.

Antara orang kuat silat gayong warisan yang hadir termasuklah Cikgu Nasir, Cikgu Nazmi, Cikgu Zulkifli, Cikgu Zaidi, dan banyak lagi. Kem ini tamat pada 13 Mac 2010 pada pukul 12 tengah hari. Para peserta berasa gembira kerana dapat mempelajari pukulan-pukulan semasa kem ini diadakan. Sebelum pulang, para peserta bersalam-salaman sesama sendiri sebagai tanda terima kasih. Sebagai penyertaan, 120 orang peserta akan mendapat sijil penyertaan daripada PERTUBUHAN SENI SILAT GAYONG WARISAN MALAYSIA NEGERI KELANTAN.

Thursday, March 18, 2010

Maksud Di Sebalik Gayong

Gayong Jawi

Ga - Genggam

Berpegang kepada janji setia dan ikrar yang telah dilafazkan. Juga bermaksud menjaga segala rahsia dan amanat yang diberikan.

Alif - Angkat

Meletakkan dan menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan dan tempat rujukan.

Ya - Yakin

Yakin kepada kebolehan diri sendiri

Wau - Waras

Membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum bertindak.

Nga - Ngeri

Bersungguh-sungguh dalam segala perbuatan. Dalam konteks latihan dan persembahan, kesungguhan ini digambarkan dalam kengerian orang lain yang menyaksikannya.